1. Huruf
Besar ( Hari ini….. )
Digunakan pada permulaan
ayat , kata nama khas dan selepas tanda nohtah ( .
)
Contoh ayat : Ayah saya seorang doktor .
Dia bekerja di Hospital Kuala Lumpur.
2. Tanda
Nohtah ( . )
Digunakan pada akhir
ayat.
Contoh ayat : Nama saya
Salmi . Saya murid Tahun Satu .
3. Tanda
koma ( , )
Digunakan untuk
menunjukkan bilangan yang lebih dari satu dan berhenti seketika semasa membaca.
Contoh ayat : Nani
membeli gula , garam , tepung dan susu di kedai.
4. Tanda
soal ( ? )
Digunakan untuk menyoal
atau bertanya.
Contoh ayat : Siapakah
nama awak ?
5. Tanda
seru ( ! )
Digunakan untuk
menunjukkan perasaan seperti marah, terkejut sakit dan sebagainya.
Contoh ayat : Aduh ,
sakitnya kaki saya !
No comments:
Post a Comment